Minggu 4

Bahan Sastera yang digunakan dalam proses P&P


Murid tahun 2
"storyboard"


         Guru membaca puisi dengan intonasi dan sebutan yang betul

         Murid dibahagikan dalam lima kumpulan dan membaca puisi  tersebut secara kuat mengikut kumpulan masing-masing.

         Murid diminta membina ayat berdasarkan lima perkataan yang daripada petikan puisi.
         sahabat
         sulit
         kesal
         sesal
         perjuangan

         Murid diminta menulis sepucuk surat yang diselitkan dengan sebuah puisi pendek kepada rakan terbaik dalam kelas masing-masing


Bahan Tatabahasa yang digunakan dalam proses P&P
Tahun 3
"storyboard"


·         Guru memaparkan satu video tentang kata nama, tanda baca dan jenis-jenis ayat. 

·         Murid diminta memberikan perhatian yang sepenuhnya dan guru akan memberikan penerangan secara jelas bagi setiap aspek

·         Selepas selesai mengajar satu jenis tatabahasa, guru akan meminta murid membuat latihan bersama-sama untuk menguji kefahaman
·         Murid diminta membina ayat berdasarkan kata nama am yang terdapat dalam video.

·         Guru akan memberikan satu petikan kepada murid dan murid diminta menulis semula petikan tersebut dengan menggunakan tanda baca yang betul.


     Bahan Ilmu yang digunakan dalam proses P&P
   Tahun 3
       "storyboard"

·         Guru memaparkan satu video tentang “rahsia lebah madu”

·         Murid diminta memberikan perhatian yang sepenuhnya dan guru akan memberikan penerangan secara jelas bagi setiap aspek

·         Selepas selesai mengajar lebah madu melalui video, guru meminta murid menceritakan semula berdasarkan pengetahuan mereka.
·         Murid dibahagikan dalam kumpulan dan diminta membuat peta minda yang kreatif tentang cirri-ciri lebah madu dalam kertas serbak.

·         Murid diminta membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas